Memastikan Perniagaan Anda Memenuhi Piawaian Halal Dengan Lebih Mudah dan Sistematik

MULAKAN PENILAIAN
MULAKAN DEMO

Mengenai Penilaian Kendiri Pensijilan Halal (CRA)

Halal CRA merupakan platform penilaian kendiri secara atas talian yang dibangunkan oleh Halal Internasional Selangor, sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu usahawan menilai tahap kesediaan dalam mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Halal CRA telah ditambah baik memenuhi keperluan penilaian berdasarkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) 2020, Standard Malaysia dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS).

Menggunakan pendekatan yang komprehensif dan mesra pengguna, Halal CRA boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja, sesuai untuk pelbagai saiz industri. Halal CRA ditawarkan dalam dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan merangkumi sembilan skim pensijilan halal Malaysia.

Barang Gunaan

Kosmetik dan Penjagaan Diri

Farmaseutikal

Logistik

Produk Makanan dan Minuman

Rumah Sembelihan

Peranti Perubatan

Pengilang Peralatan Asal (OEM)

Premis Makanan