Pelaksanaan RS-1 dan Jawatankuasa Tetap Industri Halal Negeri Selangor (JKTIH)

Rancangan Selangor Pertama, 2021–2025 (RS-1) ialah pelan pembangunan lima tahun yang komprehensif dengan visi untuk menjadikan Selangor sebuah negeri pintar, berdaya huni, dan makmur menjelang tahun 2025. Pelan ini menetapkan hala tuju strategik bagi negeri sepanjang tempoh lima tahun tersebut.

RS-1 menggariskan 5 tema utama dengan Industri Halal merupakan salah satu Sektor Tumpuan Utama di bawah Teras Strategik 1: Pengukuhan Ekonomi. Fokus utama adalah untuk mempersiap Negeri Selangor ke arah merangsang pembangunan ekonomi yang mampan dipacu oleh projek pemangkin atau pemacu perubahan, inisiatif pendigitalan, pembangunan bakat dan program kemajuan teknologi.

 

Pelaksanaan RS-1 dan Jawatankuasa Tetap Industri Halal Negeri Selangor (JKTIH)

  • Platform Maklumat Pusat
  • Penilaian Kesiapsiagaan Pensijilan
  • Promosi Halal Selangor
  • Penyelesaian Rantaian Bekalan Halal Selangor
  • Pembangunan Kapasiti Halal Selangor
  • Rangkaian
  • Promosi
  • Pembangunan