Mengenai CRA
KETAHUI LEBIH LANJUTMengenai Halal CRA
CRA diperkenalkan pada tahun 2019 dan pada asalnya dibangunkan oleh Aspire Flagship Sdn Bhd (AFSB). Ketika itu, CRA memfokuskan kepada tiga (3) skim pensijilan halal utama, iaitu Makanan & Minuman, Kosmetik dan Farmaseutikal.
Pada tahun 2023, melalui Semakan Pertengahan Penggal (MTR) bagi Rancangan Selangor Pertama (RS-1), Y.B. Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, EXCO Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, telah mengangkat CRA sebagai salah satu Program, Projek & Inisiatif (PPI) di bawah Teras Ekonomi untuk sektor Halal dalam RS-1.
Pada tahun 2024, CRA telah ditambah baik berdasarkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) 2020 dengan penambahan enam (6) lagi skim pensijilan halal, iaitu Premis Makanan, Logistik, Pengilangan Peralatan Asal (OEM), Barang Gunaan, Peranti Perubatan dan Rumah Sembelih. Penambahbaikan ini menjadikan CRA kini merangkumi kesemua sembilan (9) skim pensijilan Halal Malaysia secara menyeluruh.
Pengenalan kepada Halal CRA
Platform atas talian yang membantu usahawan membuat membuat penilaian kendiri di mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Direka khas untuk memudahkan usahawan menilai tahap kesediaan mereka sebelum memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Penilaian ini dibuat berdasarkan keperluan utama berikut:
- Standard Malaysia
- Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM)
- Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS)
Disediakan dalam dua bahasa: Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Dibangunkan merangkumi kesemua 9 skim pensijilan halal di bawah SPHM:
Produk Makanan dan Minuman
Perkhidmatan Logistik
Produk Kosmetik dan Penjagaan Diri
Produk Farmaseutikal
Rumah Sembelihan
Pengilang Peralatan Asal (OEM)
Premis Makanan
Produk Peranti Perubatan
Produk Barang Gunaan
Bengkel Pembangunan Sistem Halal CRA



